Korban Pemuja Ilmu Syaitan
Bab (3)
Apakah sebabnya orang-orang terus beredar bila safuan memberi arahan bersurai malam tadi.Setelah aku menghadiri jamuan makan tengahari yang dijanjikan oleh datuk pemuda itu,barulah aku mengetahui jawapannya.Rumah yang kami masuk terletak dihujung kampung.Agak terpencil.Tetapi suasana yang menyenangkan.Halamannya luas,penuh dengan tanaman bunga dan dua buah kolam ikan besar dibelakang rumah dimana beberapa ekor ikan jelawat dan ikan sepat telah diambil untuk hidangan kami.Dibakar,digoreng da dipais.Dibelakangnya terbentang luas sawah dan berakhir pada sebuah kebun sayur-sayuran yang tumbuh menghijau.
"Ini semua milik datuk."Zainon menerangkan ketika kami bertiga makan angin dibahagian belakang rumah.Kami duduk disebuah bangku pang yang diperbuat dari kayu jati.Sama seperti seluruh dinding dibahagian rumah yang juga diperbuat dari batang-batang pohon jati.Ini mengingatkan aku pada rumah-rumah ternakan dalam filem-filem koboi.
"Datuk kalian tentunya orang yang paling kaya dikampung ini."Tukasku memuji dengan ihklas.
"Bukan hasil dari rasuah seperti orang-orang kaya di kota."Celah safuan sambil ketawa kecil."Didesa,bila seseorang diangkat sebagai ketua,maka akan diberikan sebidang tanah kepadanya.Dan bahan-bahan untuk bercucuk tanam juga disediakan.Jadi,seorang ketua kampung yang sedar dan berjimat,sebenarnya tak perlu rasuah."
"Oh,jadi datuk kalian ketua kampung rupanya."
"Begitulah.Ketua yang rajin.Disanjung oleh penduduk.Tidak sombong.Rajin bekerja sehingga penghasilannya terus bertambah.Tekun dalam tugas sehingga diberi kepercayaan menduduki jawatannya sudah melampaui tiga musim perlantikan."
Memang laki-laki yang sudah tua menyedari usianya yang sudah lanjut.Bersikap peramah dan lemah lembut.Dia pulang dari pejabatnya untuk makan tengahari bersama kami.Ia banyak berseloroh,sehingga barisan giginya yang utuh serta bersih putih yang boleh dibuat iklan ubat gigi,walau pun zainon mengatakan datuknya tidak pernah menggunakan ubat gigi.Pakai apa,tanyaku.Zainon menajawab.
"Akar kayu dan kadang-kadang mengunyah tembakau.Kadang-kadang pula,tembakau untuk paip ia kunyah,sebaliknya tembakau untuk dikunyah dimasukkan kedalam paip.Petanda usianya yang terlalu tua.Masih beruntung kerana ia tidak mengunyah paipnya."
"Mengapa ayahmu tak datang,non?"Tanya orang tua itu bila selesai makan.
"Sakit,tuk."Jawab gadis itu cepat.
Aku tercengang.Setahu aku,ayah zainon sihat walafiat semasa kami tinggalkan rumah tadi.Malah kata nya dia akan pergi berkebun.Yang menghairankan lagi,orang tua itu dengan senang hati ia mengiyakan kata-kata zainon.
"Ooo."
Tidak pula ia bertanya apa sakit anaknya.Apa lagi untuk menyarankan agar dibawa ke klinik atau ke dukunlah kerana mereka tinggal dikampung.Aku melihat warna wajah orang tua itu berubah kelam.Sinar matanya membayangkan kedukaan yang dalam.Zainon yang sedang berbual dengan safuan serta beberapa orang saudara maranya yang sama-sama makan,seperti tidak mengendahkan perubahan itu.Bagi aku,perubahan pada orang tua itu menimbulkan tanda tanya difikiranku.Ketika orang tua itu bangkit dari tempat duduknya lantas keluar rumah dengan alasan ada kerja yang harus ia selesaikan.Aku mengambil kesempatan berbisik ketelinga zainon.
"Ayahmu tak ada persesuaian dengan orang tua ini ya,non?"
Wajah zainon bersemu merah.Matanya redup.Lalu dia bersuara lemah.
"Ya."
"Mengapa?"
Zainon mengangkat bahu.Kaum kerabatnya yang riuh berceloteh,segera menariknya pergi.Sementara aku yang duduk termangu-magu tersama safuan.
"Saya sudah sediakan dua buah senjata."Katanya."Bagaimana?"
"Senjata?Untuk apa?"
"Sebuah senapang angin untuk burung,dan sebuah rifle untuk babi hutan."
"Maksud kau,kita pergi berburu tengahari buta begini?"
"Ha ah.Saat-saat binatang sedang mencari makanan dan kurang berwaspada.Kalau sudah petang beramai-ramai pulang ke sarang."
"Tetapi.."
Matanya mengerdip.
"Zainon?"Tanyanya."Rumah ini adalah rumahnya juga,bukan?"
Waktu kami berjalan keluar dari kampung dan mulai memasuki hutan-hutan tebal yang beberapa tempat masih jarang dijamah manusia,aku bersungut-sungut dengan rifle yang kusandang.
"Berat benar."
"Ala,baru sebatang bedil.Anggap saja latihan mendukung batang tubuh zainon kalau kalian sudah jadi pengantin kelak."
"Hish,karutlah kau ni."
Safuan ketawa.Sinar matanya nampak aneh sedikit.
Aku lantas teringat ucapan zainon pagi tadi.Mengapa ia agak enggan berkunjung kerumah datuknya.Kerana safuan ada disana.Laki-laki ini pernah menaruh hati untuk berkahwin dengannya.Sayang,safuan jauh lebih muda.Dan terlalu banyak pengaruh hidup dikota dalam dirinya.Cinta tak pandang umur.Tetapi kampung.
"Dan kau sendiri?"Tanyaku menduga zainon pagi tadi.
"Aku?Kan sudah ada kau."Ia tertawa.
Aku senang mendengar tawanya yang cerah,setelah sepanjang malam dia menangis kerana kejadian yang baginya merupakan misteri mengerikan itu.Antara mimpi buruk dan dipercayai itu adalah kenyataan yang bisa benar,jauh lebih buruk lagi.Sebuah letupan kecil berdentum kearah sepohon mangga yang rimbun,lalu seekor burung jatuh menggelepar.Kemudian hilang ditelan semak belukar.
Aku cepat-cepat meluru ke arah semak,menguit-nguit dengan tangan dan laras rifle.Aku terjumpa burung itu meringkuk dicelah-celah akar lalang.Mati.
"Yang ketujuh."Ujar safuan sambil mengikat kaki burung itu dan menyangkutkannya dalam gantungan dimana telah bersusun burung-burung yang sudah tidak bernyawa lagi.
Kami kini telah berada ditengah-tengah hutan.Aku merentas jalan dengan golok.Rifle yang aku sandang terasa kian memberat,sehingga aku terpaksa bersunggut lagi.
"Buat apa bawa senjata seberat ini?Sememangnya nak tembak apa,safuan.?"
Dia tertawa.
"Nah,kau bawa ni."Katanya menyerahkan senapang angin ke tanganku."Dari tadi kau belum dapat sasaran,bukan?Sekarang,bahagian kau adalah burung-burung,dan bahagian ku,nah."Ia memandang ke langit,melalui rimbunan dedaun pohon-pohon yang besar dan tinggi."Hari sudah mulai senja.Dan babi-babi hutan itu sudah saatnya menerima bahagian."
"Kau akan tembak dengan peluru padu itu?"Aku ketawa.
"Biar hancur kepalanya dengan sekali tembak.Pada hal kalau rusa yang kau tembak kepalanya boleh dijadikan perhiasan didinding.Kawan-kawan mu dari kuala lumpur pasti mengatakan kau seorang pemburu yang cekap."
"Memang aku pemburu yang cekap."Katanya tersenyum bangga.
Aku ternampak sesuatu dibatang sepohon kelapa.Aku menenang.
"Itu tupai,bukan burung."Rungut safuan memerhatikan aku.
"Tak ada burung,tupai pun jadi."
Ia ketawa.
"Tangan kau terlalu keras tu,releks."Ia memperbetulkan letak siku dan buntut senapang didepan bahuku."Pandang lurus-lurus melalui titik tengah alat penenang.Nah,tembak."
Aku menurut arahan komando perang itu.
Senapang meletup.Dan tupai itu melompat ke pohon kelapa yang lain.
"Kalau babi yang kau tembak."Safuan ketawa."Sebelum pelatuk kau tarik,kaki kau sudah kene sundul."
Dari lima belas sasaran yang aku tembak,hanya satu yang mengena.Seekor burung belatuk.Itu pun susah payah mencarinya diantara semak belukar kerana burung itu masih sempat berlari-lari menyembunyikan diri.Ternayta hanya sayapnya yang terkene peluru senapangku.
Dengan sekali cantas,pakai pisau,leher burung yang masih punya harapan besar untuk hidup,putus serta merta ditangan safuan.
"Daripada hidup terus menderita."Rungutnya,lantas melemparkan bangkai burung itu jauh-jauh.
Aku memikirkan kata-katanya.Mencari,ke arah mana ia berkata.
Kemudian aku bertanya.
"Derita apa yang dihingapi oleh ayah zainon,safuan."
Dia membersihkan darah burung pada pisau.Kemudian diselitkan di pinggang.Dan lama baru menjawab.
"Tekanan batin,itu saja."
"Kerana penduduk memusuhinya?"
"Ha ah."
"Tetapi mengapa?.Dan apa hubungannya dengan mahkluk kera yang tidak saja saya berjumpa sewaktu mula-mula tiba didesa ini dan kemudian..."Aku mengurungkan niat untuk menceritakan bahawa mahkluk yang sama pernah aku lihat dibilik tidur zainon.Mungkin itu cuma khayalan semata dan aku khuatir safuan akan mentertawakannya.Lantas ia mengatakan bahawa yang aku lihat itu seperti juga yang selalu memenuhi fikiranku bukan kera tetapi ayah zainon sendiri.Wah sungguh memalukan.Terlalu keji.
"Jadi,kera-kera yang kau jumpai malam itu?"Nasib baik safuan cepat menukas.
"Ha ah,malah tiga ekor mau menyerang saya.Seperti tidak mengizinkan saya meneruskan perjalanan."
"Karut."Sungutnya.Tetapi suaranya berubah rendah.
"Cerita dongeng pula berita dari penduduk yang saya dengar tentang..tentang bakal mertua kau,"Suaranya yang terakhir terdengar agak pahit.
"Eh,mengapa?"
"Mereka bilang...ayah zainon itu..pemuja kera."Ia ketawa berdekah-dekah.
"Munjung,kata orang sini."
Darah disekitar tubuhku berhenti mengalir seketika.
"Ah..."
"Sudah saya katakan,itu kata orang.Dan itu pula sebabnya mereka membenci ayah zainon,tetapi tidak berani bersikap kasar terhadapnya kerana mereka menghormati datuk saya."
"Dan kau..?"
"Aku?Membenci ayah zainon?Apakah kau gila?"
"Maksudku,tentang munjung itu.Kau percaya?"
Safuan geleng-geleng kepala.
"Aku lahir disini.Tetapi besar dan menjadi dewasa di kota.Bagiku itu semua hanya cerita buruk yang dicari-cari.Beberapa orang perempuan dikhabarkan mati atau hilang secara misteri dihutan-hutan tebal ini.Termasuk ibunya zainon.Ah,kau terkejut?Tetapi itu lah nyatanya.Sungguh celaka.Segala usaha yang dijalankan oleh bakal mertuamu selalu berjaya.Sawahnya mendapat hasil yang lumayan,sementara sawah orang lain terkene ulat padi.Kebun kelapanya tumbuh subur,sementara kepunyaan orang lain kene hama artona.Begitu juga dengan beberapa ekor ternakannya yang cepat sekali beranak pinak.Sudah menjadi lumrah kalau orang-orang yang dengki menuduh yang bukan-bukan.Diam disitu.Ssst,diam saya kata."
Senja mulai merangkak.Dan dari semak belukar didepan kami terdengar suara sergahan yang bising.
Tiba-tiba sebuah lembaga coklat berkelibat."Hei,jangan lari."Teriak safuan.Bersamaan dengan itu rifle ditangannya terangkat dan hanya dalam waktu sedetik sebelum suara teriakannya habis,terdengar suara letupan yang memekakkan telinga.Bayangan coklat yang ternyata seekor babi yang cukup besar itu,tercampak ke depan,menghentam sebatang pokok kenari tetapi dengan cepat telah bangun kembali.
Safuan menenang lagi.
Tetapi babi yang kelihatan memancutkan darah keluar dari salah satu kakinya,telah melompat kedalam semak.Sebelum melompat,kepalanya sempat ditolehkan ke arah safuan yang sedang menenang.Dari muncungnya yang berlendir keluar buih kerana menahan sakit,sementara dari matanya terpancar sinar kebencian,bukan rasa takut.
"Kejar."Teriak safuan lagi.
"Ayuh,jalal.Mari kita kejar.Ia buruanku yang pertama petang ini."
Kemudian kami berlari-lari dalam semak belukar dan batang-batang pohon yang bercabang rendah,menyusup,tegak dan berlari lagi.Jatuh tunggang-langgang,bangkit dan berlari lagi,berlari terus.Terus mengikuti arah binatang luka itu menghilang.Tetapi oleh kerana kami terlalu menyusup agar kepala tidak pecah terhantuk cabang-cabang dan harus jatuh bangun kerana tersangkut akar-akar pokok yang tumbang,akhirnya buruan kami lenyap sama sekali.
"Sudahlah.Tak akan berjaya."Umpatku keletihan.
"Tidak."Safuan mencium-cium.Lubang hidungnya kembang kempis,sambil matanya liar mencari-cari.Hidungnya mulai dicium kan ke arah tanah.Seperti seekor anjing pemburu,ia berdiri tegak dengan mata yang liar sambil tangannya menuding ke hadapan."Binatang itu lari kearah sana.Mari."
"Safuan,berhentilah dulu."
"Kalau kau mau,tinggallah.Saya akan terus."
"Apa?.Kau nak biarkan saya tersesat ditengah hutan belantara ini?"Aku menjengah.Dan melihat dia mulai berlari-lari seperti kijang tanpa kelihatan letih."Hei,tunggu.Safuan,tungguu.."
Senja telah hilang dan berganti malam yang mulai datang.Akhirnya safuan yang menyerah kalah.Dia jatuh terjerempap diatas longgokan rumput-rumput kering.Dia berbaring keletihan kemudian tertawa dengan suara sengau.Diantara tawanya yang tak enak didengar itu,ia berkata menceracau.
"Babi gila.Kuat berlari sejauh ini,dengan salah satu kakinya tidak berfungsi lagi."Dia ketawa lagi.Memandang aku acuh tak acuh lalu bersunggut-sungut."Mungkin itu babi jadi-jadian."
"Cakap mengarut aje."Teriakku parau.Memandang ke sekeliling kami sudah mulai gelap."Dimana kita sekarang?"
Dia melihat ke sekelilingnya,lantas memandang rembulan yang baru saja menampakkan cahayanya.Setelah berfikir agak lama,ia berdiri.Dan berkata penuh semangat.
"Kita sudah dekat."
Aku yang sedang bersandar lesu disebatang pokok tumbang,terasa hairan.
"Apa?.Dekat kepada buruan kau.Sudah lah safuan.Pergilah terus.Biarkan saya disini.Kau fikir saya takut diterkam binatang buas,ya?"
Safuan memandang aku sambil ketawa berdekah-dekah.
"Saya percaya kau tidak takut binatang buas,kawan.Tetapi saya lebih percaya lagi,kau takut sesat.Tenanglah.Kau tak akan tersesat.Dari tempat ini kau akan dengar suara tabuh isya' berbunyi,menandakan kampung sudah dekat."
"Kampung cenderung?"Aku terlonjak.Antara percaya dengan tidak.
"Bukan.De..depan kita,terletak kampung cangkat jering."
"Oh."Aku terduduk kembali lesu."Di mana pula tu?"
"Sempadan yang berjiran dengan kampung cangkat ibul,jalal.Belasan kilometer telah kita tempuh,dan saya kagum pada kekuatan kau.Tadinya saya kira kau akan pengsan di tengah jalan."
"Kau jangan menghina.Memang saya boleh pengsan kalau kita terus berlari tadi."
Dia membantu aku berdiri.
"Ayuhlah.Kita berehat di cangkat jering."
"Tidak.Terus pulang."
"Herm.Tak sabar menemui kekasih ya.?"Matanya berkilat.
"Kau kira,apakah hanya kau saja yang punya kekasih?"
Masuk waktu isya' kami sampai dikampung cangkat jering.Beberapa orang penduduk yang rupanya kenal safuan mengangguk pada kawan seperjalananku itu.Dan suasana yang jauh lebih mesra kami harap kan akan kami perolehi setiba dirumah kekasihnya.
"Saya lebih sering ke sini daripada ke kampung cenderung,bila bercuti.Atau kadang-kadang ponteng sekolah."Si safuan ketawa terkekeh-kekeh."Percayalah.Kopi o yang hangat dan makan malam dengan sambal belacan yang nikmat akan dihidangkan oleh sabariah."
"Sabariah.?"
"Nama kekasihku tercinta,tolol."
"Nama dikampung."Balasku sakit hati dikata tolol.
"Eh.Apa kau kira nama kekasih kau paling bagus didunia ni,jalal?.Ha,ha,ha.Sekarang saja namanya zainon,enak didengar.Kau tahu dulu waktu kami masih sama-sama budak hingusan?.Dia dipanggil vrom.Kau dengar?.Vro.Vroomm vrooommm."Safuan meniru suara enjin motor.
"Toyol kau safuan."Rungutku,lantas tertawa senang.
Tetapi tawa kami segera berhenti,sewaktu kami tiba dirumah kekasih safuan.Ketika pintu dibuka,dari dalam terdengar suara tangis yang menyayat hati.Seorang gadis bertubuh lampai,kelihatan manis dengan kulitnya yang putih kekuningan dan rambutnya yang panjang berjurai sampai ke pinggang,mempersilakan kami masuk dengan suara yang gementar dan wajah yang pucat tak berseri.
Kekok,safuan menyapa gadis itu.
"Hai,sab."
"Duduk lah saf.Aku gembira melihat kau tetapi..."
"Apa yang terjadi sab?.Siapa yang menangis?.Emak kau?."
Gadis itu mengangguk,sambil berlari memeluk safuan.Tiba-tiba ikut menangis pula.Keletihan yang sedia ada bertambah lagi.Harapan untuk berehat dan menikmati hidangan,terbang mendadak dari lamunanku.Aku terlupa memperkenalkan diri dengan tuan rumah.Safuan lantas bergegas masuk diiringi oleh gadis itu keruang dalam.
Tinggal lah aku sendiri dengan resah dan gelisah diruang tamu yang jauh dari kemewahan.Perabotnya hanya satu set kerusi rotan yang sudah agak lusuh.Tak ada perabot lain lagi.Betapa jauh bezanya jika dibandingkan dengan suasana dirumah zainon.Apalagi dirumah datuk safuan.Nyatalah bahawa cinta tak pandang harta.
Aku sendiri,hidup dari kiriman biaya orang tua di johor.Minggu pertama bersenang-senang.Minggu kedua tercungap-cungap.Diminggu ketiga mulai was-was dan diakhir bulan terpaksa sibuk membanting tulang mencari kerja untuk terus hidup.Untunglah zainon yang mau mengerti,selalu datang kerumah tempat aku tinggal tanpa lupa membawa makanan yang enak-enak.Malah seringkalai bahan mentah,beras,lengkap dengan rempah-rempah dan lauk pauk.Seminggu sekali dia membelanja aku makan di restoran setelah lebih dulu bersenang-senang menonton wayang yang kami sukai.Sebagai laki-laki,kadang-kadang aku terasa malu oleh kenyataan itu,tetapi bagi zainon.
"Sekarang masa aku membantumu.Setelah kita kahwin adalah giliran kau pula."
Aku hampir tersenyum dikulum oleh ingatan itu semua.Semasa safuan keluar dari ruang dalam,wajahnya kelihatan pucat.Dia duduk dengan lesu dihadapanku.Terdiam lama.Kemudian bersungut-sungut.
"Celaka,jalal.Kita masuk kerumah yang sedang ditimpa kemalangan."
"Apa yang terjadi."Tanyaku ingin tahu.
"Ayah sabariah.Ou,belum pernah saya melihat orang luka-luka sedahsyat itu.Lengan kanannya remuk,dan kini dukun sedang berusaha memulihkannya kembali.Ia dukun handalan,terkenal diseluruh daerah ini.Tetapi setahu saya,dia pakar patah tulan bukan pakar tulang remuk-remuk.."
"Remuk?.Kenapa?."
"Aku tak tahu.kata sabariah,jatuh semasa memanjat pokok kelapa."
"Oh."
"Tetapi mengapa sampai remuk begitu?."
Safuan menggeleng-geleng kepala."Darah dimana-mana.Darah..."
"Mungkin waktu jatuh terhimpap diatas batu.Atau tertimpa buah kelapa yang dia ambil."
"Jangan memperolokkan,jalal.Tetapi,ah mungkin benar kata kau."Kemudian sabariah keluar dengan membawa sesuatu.Bukan kopi o panas,atau nasi dan sambal belacan yang dihidangkan untuk kami.Melainkan secawan teh,yang telah sejuk dan terasa tawar.Namun demi menjaga maruah kawanku,isi cawan itu aku teguk sampai habis.Setelah dukun berkata ayah sabariah akan segera sembuh dan agar laki-laki yang malang itu jangan diganggu tidurnya,kami pun mohon diri untuk pulang.
Dalam bas terakhir dari cangkat jering menuju parit buntar,safuan lebih banyak berdiam diri.Hanya sesekali aku dengar dia bersungut-sungut.
"Mengapa?.Mengapa?."
Kadang-kadang.
"Tak mungkin.Tak mungkin.Tak.."
Atau.
"Kasihan kau sabariah.Kasihan kau,sayangku.Tetapi percayalah cintaku padamu tak akan gagal lagi kali ini.Seperti kegagalan aku yang lain sebelum bertemu kau.Tak akan,sabariah,tak akan.."
Aku kira dia mengigau.Dan sambil memikirkan kegagalan cinta yang mana yang dimaksudkan,tiba di depan warung dimana aku berhenti pertama kali mula-mula datang dari ipoh.Aku bunyikan loceng.Safuan terlonjak.Rupanya dia tertidur kerana keletihan.Jadi,benarlah tadi dia mengigau.Nasib baiklah hanya perlahan dimana tidak didengar oleh penumpang lain.Bas buruk itu membunyikan suara bising dari body yang sudah tua dan enjin yang sudah sepatutnya dicampakkan ke bengkel.
Tuan punya gerai yang memberikan aku jamung damar mengangguk ketika melihat aku dan dia memang kenal dengan safuan lantas menyapa dengan badan dibongkokkan sedikit.
"Dari mana safuan?."
Kawan ku menyahut seadanya,lantas bergegas memasuki jalan sepi dan lengang serta mulai gelap disebelah gerai.Kami sama sekali tidak ingat untuk meminjam jamung damar dari pemilik gerai.Kami berjalan hanya dibantu oleh cahaya sinaran rembulan yang terang.Kerana itu,tanpa rasa khuatir akan tersesat seperti pertama kali melalui jalan ini,aku kemudian berhenti ditengah jalan dan duduk bersandar disebatang pokok.
"Kau tak ingin cepat-cepat balik untuk menemui zainon dan..."Suara safuan yang parau mengejutkan aku,lebih-lebih lagi bila dia berdiri tegak dengan tubuh kaku.Tangannya terangkat perlahan,dan rifle yang disandang kini larasnya menghala tepat kearah kepalaku.Ingatan pada zainon dan kegagalan cinta yang diigaukan safuan cepat melintas dibenak.Aku hampir-hampir tak percaya bahawa pemuda didepanku sedang dihinggapi penyakit cemburu yang melampaui batas,aku mulai waspada.Tanganku sudah mahu bergerak kearah pinggang untuk mencabut golok.Sebelum safuan menarik pelatuk,golok itu harus lebih dulu bertindak.Aku masih merasa sedang bermimpi buruk,bila terdengar desus safuan mencegah.
"Diam,saudara.Demi tuhan,diamlah di tempatmu."
Lantas laras rifle yang berbau maut itu tiba-tiba meledak,memancarkan api kelabu kehijau-hijauan,sedetik lebih cepat dari golok yang aku layangkan kearah safuan.
Safuan mengelak cepat sekali.Golok yang aku layangkan melewati hanya beberapa inci disisi telinganya,menghentam sebuah pokok dan terbenam dalam disana.Kekaguman akan kepantasan safuan mengelak berbaur dengan perasaan hairan yang tiba-tiba menjelma dihati.Rifle ditangan safuan masih mengepulkan asap yang kelihatan samar-samar dibawah sinar bulan.Tembakan yang teramat dekat didahului oleh tenangan yang luruh terarah,tetapi ajaib.Pelurunya tidak menyentuh kepalaku walau hujung rambut seperti yang aku khuatirkan.Beberapa saat berselang,aku hanya mendengar suara bersiur halus diatas kepalaku sewaktu rifle itu meletup.Suara berderak yang lembut,kemudian darah yang memercik.
Kemudian,satu benda yang panjang kehitam-hitaman,jatuh dipangkuanku.
Benda itu menggelupur seketika.Lalu diam.Mati.Ternyata seekor ular dengan kepala yang sudah remuk dan berkecai.Aku terperanjat sehingga terlompat berdiri sambil mekik,dan lantas melontarkan binatang besar yang bergulung-gulung itu jauh-jauh.Agak lama juga tubuhku menggigil.Jijik dan ngeri.Kemudian aku terdengar suara tawa safuan yang parau.
"Kau pintar bermain golok."Katanya sambil menyambar senjata yang hampir mencabut nyawanya itu.
"Tembakan yang jitu."Balasku,masih menggigil."Alangkah terkutuknya saya,safuan."
"Kau berprasangka buruk."Ujarnya.
"Saya terhutang budi pada kau."
"Tak pernah saya biarkan orang berhutang pada saya."Ia berteriak,lantas menarik tanganku keras-keras berjalan kembali menuju kekampung yang masih jauh dihadapan kami."Jangan ungkit-ungkit lagi hal itu,ok."
"Bagaimana saya nak berterima kasih?."
Ia tertawa.
Katanya.
"Begini saja.Buang fikiran burukmu jauh-jauh,bahwa saya merasa iri hati melihat keberuntunganmu bisa memiliki gadis seperti zainon.Itu sebab kau merembat golok kearahku,bukan?.Saya tidak takut menghadapi kepantasan reaksimu,tetapi yang saya takutkan justru bagaimana seandainya tembakan saya terlambat satu detik saja."
Kekaguman dan kepercayaan sekaligus aku letakkan ditangan pemuda itu,semenjak dia menyelamatkan jiwaku dari pagutan ular berbisa yang tanpa aku sedari berada diatas cabang pokok dimana tempat aku berehat.
Tanpa ragu-ragu,aku menceritakan dimana aku disekat oleh tiga ekor mahkluk ganjil itu semasa kami kebetulan melalui tempat yang sama.Aku ceritakan pula jejak-jejak mahkluk yang sama dibawah tingkap bilik tidur zainon.Suara tingkap yang berdentum terbuka tetapi semasa aku masuk,tingkap itu ternyata berkunci rapi.
Aku ceritakan juga bagaimana kau ternampak ayah zainon sedang membongkok diatas tubuh gadis itu semasa aku menerobos masuk kebilik.Kemudian yang malam tadi aku temui dibilik tidur zainon,bukan bakal mertuaku yang bersikap misteri itu,akan tetapi sesusuk lembaga mahkluk yang sama seperti tiga ekor kera itu.
"Didalam bilik tidur zainon,mustahil."Rungut safuan.
"Sungguh.Sumpah.Saya melihatnya dengan mata kepala saya sendiri.Malah saya kejar sampai ke pinggir hutan dan kalian menemui saya tergeletak ditanah."
"Apa sebab kau tergeletak ditanah?"
"Ada yang memukul saya."
"Ah."
"Saya sendiri tak mengerti.Padahal saya cuma berdua dengan mahkluk ganjil itu.Tetapi jelas semasa saya nak melontarkan mahkluk itu dengan seketul batu besar,ada yang memukul tengkuk saya.Entah pakai tangan,entah pakai alat pemukul.Yang pasti,tengkuk saya dihentam hingga saya terjatuh.Dan mahkluk itu selamat."
"Mungkin kerana kau hanya memerhatikan mahkluk itu,sehingga tak menyedari ada orang lain yang ikut mengejar."
"Tetapi siapa?.Dan mengapa aku harus dipukul?."
"Entahlah.Kau kira siapa?"
Aku geleng-geleng kepala.
Jauh dihadapan kami,nampak lampu damar menyala terang benderang didepan pos rukun tetangga.Seorang dua lelaki berkeliaran disekitar pos itu.Kemudian terdengar beduk dibunyikan sebanyak sembilan kali.Dan beberapa jamung lain bersilih ganti dari satu rumah ke rumah yang lain.Nampaknya penduduk-penduduk sedang sibuk melakukan sesuatu.Atau ada sesuatu yang terjadi.
Kami bergegas lari kearah kampung.
Aku terlupa menceritakan bagaimana setelah tengkuk aku dipukul orang,dimana aku dapati mertua aku dirumah sedang duduk menunggu aku dengan sikap yang ganjil sekali.
"Hai siapa disitu?."Salah seorang pengawal didepan pos rukun tetangga itu berseru kearah kami sambil meninggikan jamung ditangannya.
"Kami."Balas safuan.
"Kami siapa?."
"Hantu dari hutan pondok tanjung."Safuan ketawa.Orang itu menghampiri kami."Hai,sidek.Ada apa hal dengan orang ramai begini.?"
Wajah sidek kelihatan lucu waktu ia memandang kami berdua silih berganti.
"Pelik."Sungutnya sambil menyeringai."Semua orang heboh mencari kalian.Tau tak.."
"Nak diapakan dengan kami.?"
"Syitt."Sidek meletakkan telunjuk dibibirnya."Itu datuk kau datang.Aku yakin beliau akan mengadakan pesta besar setelah melihat kalian pulang.Baik datuk kau,mau pun keluarga zainon dan beberapa orang kawan-kawan kita sudah berprasangka.Kalian pergi lama-lama bukan untuk berburu,tetapi berkelahi mati-matian.."
"Eh.Ye ke.?"Aku tercengang.
"Alah.Soal zainon,apalagi.Maka aku hairan melihat kalian begitu akrab dan.."
Ketua kampung yang telah lanjut usianya itu,namun masih melangkah tegap tanpa bantuan tongkat memeluk safuan dengan penuh kasih sayang dan sebelah tangannya yang bebas menepuk-nepuk bahuku penuh mesra.
"Konon orang-orang kota suka berkelahi untuk mempertahankan harga diri."Orang tua itu bersunggut-sunggut."Ternyata kalian berdua masih termasuk keturunan yang tahu menjaga nama baik orang tua."
"Korang dari mana?."
Waktu kami berpisah,aku dan safuan saling bermain mata.
Entahlah.Kalau golokku sampai mengenai sasaran,maka dugaan orang-orang kampung jelas akan terbukti.Tiba dirumah,setelah melepaskan diri dari pelukan zainon yang penuh kegembiraan,aku terus ke bilik mandi,mengambil wudhuk,bersimpuh disejadah dan memohon doa kehadrat ilahi.
"Ya allah,ampunilah hambamu yang hampir kau laknat ini."
Semasa makan,zainon menjelaskan.
"Orang-orang kampung bukan saja mengkhuatiri kalian berkelahi soal diriku,tetapi juga kerana persoalan yang selama ini menimpa diri ayah."
"Maksudmu."
"Penduduk selama ini menganggap bagai api dalam sekam.Datuk berdiri di belakang mereka,meski pun tak terang-terangan memusuhi ayah kerana bagaimana pun ayah adalah anaknya sendiri.Mereka kira permusuhan itu ikut menjangkiti diri kalian,ditambah soal diriku..mereka semua cemas.Mengapa yang harus jadi korban kau dan safuan,tetapi bukan ayahku sendiri."
Dari bilik tidurnya,aku dengar ayah zainon terbatuk.batuk.
"Non."Aku genggam tangannya.Suara kuperlahankan.
"Tahukah engkau apa yang diperkatakan orang selama ini tentang ayahmu?."
"Kau..kau sudah mendengarnya.?"
Aku anggukkan kepala.
Zainon tunduk.Wajahnya berubah murung.
"Maafkan aku,jalal."Katanya lemah."Selama ini aku berpura-pura padamu.Aku malu untuk menceritakannya.Takut kau tak percaya.Dan lebih takut lagi,kalau kau juga ikut percaya,lantas memandang rendah terhadap ayahku."
"Benarkah tuduhan mereka.?"
"Bagaimana kau tahu.?"
"Pernah kau tanya ayahmu.?"Aku berbisik.
"Bodoh benar kalai itu aku tanyakan."Ia ketawa.
"Kalau begitu."Aku menelan ludah."Kita harus membuktikannya."
Wajah zainon berubah menjadi pucat.
"Membuktikan apa?.Ayahku benar-benar pemuja hantu.?'
"Bukan.Tetapi membukti,bahawa tuduhan mereka berbaur dengki semata."
Semasa mengucapkan hal itu,aku sendiri merasa ragu.Aku tak akan lupa bagaimana aku disekat oleh tiga ekor kera yang seolah-olah menghalang aku dari masuk kekampung ini.Juga jejak-jejak kaki kera di bawah tingkap bilik tidur zainon.
Ayahnya yang aku temui dalam posisi janggal diatas tempat tidur zainon dan malam tadi,laki-laki itu menghilang sejak maghrib.Bila larut malam lembaga yang menyerupai kera berada dibilik tidur zainon.Aku sergah,dia lari.Aku kejar,hilang.Bila pulang kerumah,ayah zainon sudah berada didalam.Kelihatan penat,berpeluh seperti selepas berlari...ataukah baru lepas mengikuti dan memukul aku dari belakang.
"Jalal.?"
"Nggh."Aku tersentak.
"Percayakah kau tentang semua itu.?"
Untuk seketika aku menelan ludah.
"Kera jadi-jadian.?"Aku tertawa."Paling-paling manusia yang menyamar jadi kera."Jawabku setelah mengingat-ingat pengalamanku pada mula-mula menjejakkan kaki ke kampung ini.Tetapi apa motifnya.
"Non.Mengapa orang jadi pemuja kera.?"
"Munjung?.Ingin tetap kaya,atau ingin lebih kaya."
"Caranya.?"
"Tapa.Puluhan hari dengan banyak pantang larang.Digunung,atau pun ditengah-tengah hutan tebal.Di sana ada tempat-tempat keras.Kononnya dahulu kala dibeberapa tempat didalam hutan yang dimakamkan orang-orang yang dianggap keramat dan punya ilmu ghaib.Tempatnya tak ada yang berani mendekati.Tetapi yang nekad mau bertapa,tak memperdulikan kekerasan tempat itu.Banyak yang pergi tak kembali.Tak sedikit pula yang pulang tinggal tulang temulang.Namun menurut kisah orang-orang tua,ada juga seorang dua yang berjaya."Zainon berhenti menelan ludah.Lantas berkata dengan wajah pucat."Orang-orang yang berjaya itu harus berkorban."
"Korban?."
"Berbagai macam cara.Tergantung pada perjanjian."
"Perjanjian?.Dengan?."
"Tentulah syaitan."Rungut zainon semakin pucat."Misalnya,si pemuja itu harus mau bersetubuh dengan jenis mahkluk yang dipuja.Baik kera,babi,ular,biawak dan banyak lagi yang lain.lain.Umumnya mahkluk berupa binatang."
Zainon terdiam.
"Wajahmu membayangkan kecemasan,non.Mengapa.?"
Direnunginya aku.Kaku.
"Perjanjian itu kadang-kadang juga berupa pengorbanan jiwa.Si pemuja harus menyerahkan anaknya semasa bayi untuk dijadikan korban,kalau syaitan berkehendakkan darah segar dan murni.Kadang-kadang perawan,kalau syaitan itu sedang mengalami musim berahi."
Selesai mengucapkan kalimat itu,matanya terpejam.Lama dia terdiam.Dengan dada yang bergelombang kencang.Waktu matanya terbuka,nampak sinar ketakutan.Tubuhnya menggeletar semasa bergumam lemah.
"Dan aku seorang perawan,jalal."
"Perawan.Huh."Aku bersunggut-sunggut."Kau jangan membuatkan aku ketawa non/Tak masuk diakalku seekor kera begitu bernafsu untuk mempertahankan keperawanan manusia."
Zainon geleng-geleng kepala.Dia berkata lemah.
"Kau mungkin tak percaya.Tapi kenyataannya,sudah sering kali terbukti."
"Aku berani bertaruh,kau tak pernah melihat kejadian itu dengan mata kepala kau sendiri."
"Memang tidak.Aku cuma dengar cerita-cerita orang."
"Cerita itu seperti ditapis.Bisa dibuat-buat oleh siapa pun juga."
"Bagaimana dengan..ibu.?"
"Ah.Kau dah selalu cakap.Safuan juga.Ibumu hilang dihutan.Tersesat,terjerembab dengan seekor harimau dan..."
Zainon menggigil.Peluh memercik didahinya.
"Kalau ibuku dimakan oleh binatang buas,mestilah ada tulang-temulangnya yang bersisa.Ada pula kuburnya jalal."Ia genggam tanganku kuat-kuat dengan wajah yang membayangkan kebimbangan."Kadang-kadang aku mulai percaya bahawa..."
"Ayahmu mengorbankan ibumu?."Aku tersenyum berusaha menghiburkan gadis itu,meski pun dalam hatiku merasa kecut sendiri waktu mengucapkan kata-kata itu.
"Tak baik berbicara seburuk itu,non.Itu namanya durhaka.Arwah ibumu bisa gelisah dalam kubur dan ayahmu..."
Tiba-tiba dia melepaskan tanganku,kedua tangannya menangkupkan ke muka dan mulai terisak-isak.
Aku jadi bingung.Tak tau apa yang nak aku buat.Getaran-getaran dibahu gadis itu memperlihatkan betapa batinnya sangat tersiksa.
"Aku tak mau dicap anak durhaka,jalal."Katanya diantara isak tangisnya."Tetapi aku takut kalau-kalau apa yang aku fikirkan selama ini...lebih-lebih lagi setelah mengalami malam-malam yang menakutkan...oh,jalal.Tak mengertikah kau?."
Aku terdiam agak lama.
"Percayalah.Kau dijangkit prasangka buruk,lantas bermimpi yang bukan-bukan.."
"Mimpi.Mimpi.Aku benci dengan dusta-dusta itu."
"Mimpi.Dusta.Bayangan tubuh ayah zainon diatas tempat tidur gadisku.Suara-suara aneh.Jejak-jejak ganjil dibawah tingkap bilik tidurnya.Lembaga mahkluk yang jelas seperti kera,berlari menghilangkan diri ke dalam hutan dan aku berjaya mengejar untuk membuktikan mahkluk itu memang kera atau hanyalah..Hem.Apa boleh buat."Aku berkata perlahan.
"Aku tak perlu malu-malu lagi."
Tangis zainon mereda.
"Apa?"
"Tak usah malu-malu menghadap ayahmu dan meminta.."
"Meminta apa,jalal.?"
"Pergilah ke bilik.Sudah jauh malam.Percayalah,mulai sekarang aku akan bisa tidur nyenyak tanpa diganggu lagi oleh ketakutan-ketakutan yang kau cipta sendiri itu.Tak sedarkah kau,kesihatan kau yang sudah mulai pulih bisa terganggu lagi."Aku tersenyum waktu mengucapkan kalimat-kalimat ini.
"Ingatlah.Aku tak sudi memperisterikan perempuan berpenyakit."
Ia ragu-ragu sejenak.Lalu berdiri.Pipiku dipengang dengan kedua belah telapak tangannya.Hangat.Lalu dia mencium bibirku.Jauh lebih hangat.Aku memejamkan mata,menikmati ciuman itu.Lama.Dan semasa mataku terbuka,zainon sudah menghilang dari depanku.
Sambil menghela nafas,aku berjalan ke bilik ayah zainon.
Telah tidurkah lelaki itu.Lelaki.Seorang lelakilah yang sepatutnya mempertahankan perawan seorang perempuan.Bukan seekor kera.Kecuali kalau kera itu hanyalah menyamar untuk melepaskan maksud-maksud jahat yang tersembunyi.Dehem halus dari dalam bilik membuat aku bersedia.Rupanya laki-laki itu belum tidur.Ia mendengar langkah-langkah kakiku mendekati biliknya dan mungkin mendengar perbicaraan kami.Persetan.Apapun yang ia dengar dan ia fikirkan.Aku harus mementingkan keselamatan kekasihku.Hanya kekasihku.Tak peduli apa pun hubungan kekasihku dengan laki-laki yang agak enggan ingin aku temui.Apalagi tengah malam buta begini.
Dengan tekad yang bulat,pintu aku ketuk.
Baru satu kali,sudah ada reaksi.
"Masuklah,pintu tak berkunci."
Kutarik nafas dalam-dalam.Menenangkan jantung yang berdegup-degup seperti pertama kali aku menempuh ujian lisan diperingkat persediaan untuk masuk maktab dulu.Waktu itu kulit mukaku kuning,kata kawan-kawan dan teringat sebesar biji-biji jagung memenuhi hujung hidungku.Tetapi sekarang aku yakin kulit mukaku tetap coklat kehitam-hitaman.Dan hujung hidungku kering.Betapa inginnya aku bersin untuk melepaskan wap pengap yang menganggu dilubang hidung.Namun pintu sudah kubuka.Dan aku telah melihat lelaki yang akan aku jadikan bapa mertua itu.
Dia tak bergerak ditempatnya berdiri.Mengadap keluar tingkap yang terbuka.Aku tak tahu apa yang ia lihat dikegelapan malam yang cahaya bulan begitu samar-samar.Tenang dan diam.Pelita minyak tanah diatas meja,nyalanya terlalu kecil untuk memberi gambaran yang sesungguhnya dari lelaki itu.Dari belakang,dimataku ia tak lebih dari sesusuk tubuh yang berwarna hitam-hitaman.Bezanya bukan membongkok diatas tubuh zainon,anak kandungnya sendiri.Entah mengapa,semasa aku melangkahkan kaki masuk ke biliknya,timbul perasaan yang tak suka yang pelik terhadap orang yang nak kuajak berbual itu.
Beberapa saat,aku kehilangan kata-kata.
Nasib baiklah dia yang memulakan.
"Aku tahu apa maksudmu mengetuk pintu bilikku jauh malam begini nak."
Menelan ludahlah aku jadinya,bila mendengar tuduhan secara langsung itu.
"Ya,pakcik?"
"Kau ingin menemani zainon tidur,bukan?"
"Ah..saya...saya hanya bermaksud menjaga dan..."
"Tak usah bermain kata,jalal.Tak usah pula berprasangka.Aku akan marah..."Ia terbatuk.Sekali,dua kali,tiga.Lalu menghela nafas.Mengurut dada.Berulang-ulang.Perlahan-lahan dia menutup daun tingkap sambil bersunggut-sungut."Angin malam agaknya semakin buruk ya."
Dan kini dia berdiri dihadapanku.Lurus.
Aku jadi kekok dibuatnya.
Keberanian dan kebulatan tekatku,hilang begitu saja.
"Nak,jalal.Kalau kau bermaksud melindungi anakku,pergilah tidur dibiliknya.Tidak.Tak usah membantah.Tak baik berpura-pura dihadapan orang tua.Tahukah kau.?"
"Ya,pakcik."
"Kalau ibu zainon masih hidup,ia pasti menyetujui apa yang kukatakan.."
Wajahnya nampak lesu mengucapkan kata-kata itu.
Ia berjalan tegak kearahku.Kelihatan seperti sedang menguatkan hatinya sewaktu dia meletakkan kedua telapak tangannya dibahuku.Mata itu ialah mata yang kelihatan telah terlalu tua,dengan suara yang sangat letih,membuatkan kebencian yang tadinya pernah menjelma dibenakku,hilang tiba-tiba apabila katanya.
"Berjanjilah padaku."
"Pakcik.Saya tak akan..."
"Ya.Ya.Aku tahu.Tetapi berjanjilah,kau dan zainon akan naik ke pelamin sebagai dua orang anak yang bisa dibanggakan oleh orang tua."
Terenyuk hatiku.
"Saya berjanji,pakcik."
Tangannya lepas dari bahuku.Jatuh longlai.
"Aku senang mendengarnya.Dan aku percaya padamu.Sekarang pergilah temani zainon.Aku yakin kau akan tertidur lelap bila tersentuh bantal,bahkan kau tak akan sempat menyentuh anakku.Bukankah kau telah penat seharian berburu bersama safuan.?"
Ia tersenyum lemah.
Aku membalasnya,juga lemah.
Kemudian aku meninggalkan bilik yang mendatangkan pesona ganjil itu,cuba melupakan kemesraan dan kepercayaan yang ia berikan,dengan menampilkan kembali rasa tidak suka.Begitu susah payah aku mencubanya,tapi gagal.Dan kenyataannya,sebelum sempat aku menyentuh walaupun hanya jari-jemari zainon,aku terus terlelap sebaik saja aku baringkan tubuh diatas tempat tidur.
Hanya samar-samar dibawah alam sedar masih aku dengar bisikan-bisikan halus ditelinga.
"Jalal.Jalal sayang..?"
"Jalal sayang.?"
Zainon menggeliat,berusaha melepaskan pelukanku.
"Jalalku syaang."Ia mengeleng-geleng kepala dengan mata membayangkan kemarahan tetapi mulut mengeluarkan sebutan mesra."Itu tak baik.Tak baik sayangku."
Aku berusaha menjangkau lengan-lenganku yang tededah,tetapi ia semakin menghimpitkan tubuhnya ke penjuru katil.Ia berusaha menutup dadanya yang penuh dan pejal itu dengan selimut.Tetapi tak cukup berjaya untuk menutupi bahunya yang halus dan putih.Pehanya terjulur ke depan,putih dan gebu.Dengan liar aku peluk peha yang gebu itu,aku cium dengan penuh nafsu.Aku gigit dengan geram sehingga ia terpekik.Tidak itu saja.Entah terperanjat,entah sakit oleh gigitanku,tangannya berusaha menggenggam rambut dan menarik kepalaku dari pehanya.Akibatnya,selimut terlepas,kemudian menggelongsor tak menentu.Dan dengan sekali sentak,terbang ke lantai dikaki dekat pintu yang berkunci.
Pemandangan yang indah didepan biji mata,membuat aku terpegun.Gementar oleh ghairah berahi.
Tak bisa menahan diri lagi.Tubuh telanjang itu aku terkam.Aku cium disana sini.
Zainon menjerit-jerit.Tiba-tiba."Plak.Plak.Plak."Tamparan bertubi-tubi hinggap di pipiku.Aku tersentak,dengan wajah yang pucat.
Dan isak tangis zainon segera memecah keheningan bilik yang panas membakar tubuh itu.
"Kau..kau seperti binatang,jalal.Binatang."Ia tersedu-sedu.
Aku menggigit bibir.Keras.Keras.Keras sampai membiru.
"Maafkan aku,non."
Tangisannya semakin menjadi.
"Maafkan.Maafkan.Selalu begitu selalu.Tetapi selalu pula kau berkali-kali mau melakukannya kembali.Aku benci.Benci.Benci."
Lalu ia menghambur dari tempat tidur,mengenakan pakaiannya dengan tergesa-gesa.Kemudian dia melemparkan baju kemejaku ke arahku.
"Pakailah.Dan cepat nyah dari sini."
Tetapi ketika aku hendak membuka pintu bilik,ia berlari memeluk lalu menangis di dadaku.
"Jangan pergi.Jangan tinggalkan aku,jalal.Aku cinta padamu,jalal sayangku.Berjanjilah tak akan mengulanginya lagi,berjanjilah."
Aku tersenyum.Kecut.
"Aku berjanji,zainon kekasihku."
Bahuku digoncang-goncang lembut.Mataku terbuka.Kelabu.Matahari pagi menerobos masuk kedalam bilik tidur zainon.Bukan bilik tempatnya menginap yang gersang diipoh,melainkan bilik yang bersih dengan udara pergununggan yang segar terasa menyapu tubuh.
"Kau berjanji apa,jalal?"Tanya zainon,dengan bibir tersenyum nakal.Ia tentu maklum.Dan kerana itu aku melemparkan bantal ke mukanya.
(Bersambung...)
Sumber : Naskah Dari Pawang Syaitan
No comments:
Post a Comment